Pengikut Setia

||
Click the Picture for more details

Sunday, December 22, 2013

Alhamdulillah

Assalam kepada semua,

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat illahi masih hidup hingga ke harini. Mungkin ada diantara rakan2 blogger tertanya-tanya kemana hilangnya zamani ni (kalau ada yang tertanya-tanya la kan) haha.. Wah, lamanya tak update. Memang busy betui koi ni sampai tak dan nak update blog.

Sebenarnya post hari ni nak update pasal perkembangan saya belajar di UNITEN yang mana sebenarnya dulu saya tak sangka2 la dapat masuk UNITEN ni. Tapi Alhamdulillah dengan berkat doa semua dapat juga la saya ke menara gading. huk3.

Haha, kelakar. Sebab sebenarnya dah nak sampai ke hujung semester ke-3 dah sebenarnya, tapi nak bagitau la kat sini yang result semester 2 arituh Alhamdulillah ok. Boleh la GPA tu dapat 3.XX. Tapi CGPA sekarang memang belum sampai ke tahap 3 lagi la. Disebabkan kemalasan yang melanda semasa semester 1 dulu.

Dan kini kemalasan tu melanda lagi, agaknya memang time hujung tahun malas tu akan datang sampaikan dah nak final tapi otak masih kosong dan melayang tak kemana-mana. Hurm, jangan sampai result sem kali ni jadi teruk pulak sudah. Harapan nak grad dengan pointer at least la 3.XX, tapi kalau sem ni teruk memang macam mustahil la nak sampai ke tahap yang diharapkan. Jadi, bersempena dengan exam yang nak datang ni, memang kena ubah la cara study tu. Disamping itu harap kawan2 semua tolong kirimkan doa untuk saya dan semua umat Islam yang lain yang bakal menghadapi peperiksaan. Semoga kami mudah untuk menjawab exam.

Rasanya sampai ini je kot post untuk kali ni. Penat pulak menaip sebab dah lama tak menaip. Haha.

Thanks Kepada yang sudi lawat dan baca blog saya ni ye.. ( bukan ada apa pun dok kat sini..? ) :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Copyright© All Rights Reserved
Blogger template oleh pemalas


Home || Tutorial || T&S || Privacy Policy