Pengikut Setia

||
Click the Picture for more details

Monday, October 15, 2012

Eh, Alahai Kesiannya Belog ni

Assalam kepada semua,

Sudah telah lama sungguh tidak ku mengupdate belog ku ini. Yang kini ku percaya telah terlalu bersawang dah. Hahaha..

Eh, banyak sangat ni sawang ni, maleh pulok koi nak mencuci nya. Takpekan biar gini je sawang2 ni. :D
Adeh, ape nak cite ek. Hmm. Ok lah, ceritanya sekarang ni koi dah start sambung belajar semula, dah seminggu dah kat sini. Untuk pengetahuan umum, koi kini menyambung pelajaran di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) kampus Bangi.
Ok, ha tu dia, UNITEN nya, koi ni baru la seminggu je kat sini. Kengkawan (kawan2) pun tak boleh nak buat lagi (takde kawan lagi) hahaha. :P Isnin lepas aku pun mendaftar la subjek, lepas daftar subjek tu tengok kos pengajian untuk semester tu memang besar la mata kan, nak terkeluar pun ada. haha. Nak tahu ke? Ok la, murah je, RM6,460.80! Hoho:D memang banyak la duit nak keluar kan nak bayar yuran pengajian je. Huhu.

Ok, 4 tahun untuk hidup berjimat, nasi telur goreng ngan kicap sekali sehari je. Cukup la tu kot. Haha. Adeh, merepek lah, takkan lah sampai macam tu kan. :P Bila tengok2 balik yuran dia memang gatal kepala jugak la, mahal! Huhu. Tapi takpe la, yuran tu tolak tepi dulu la. Koi nak belajo. Kalo boleh koi tak nak stop sampai diploma/degree je, kalau boleh koi nak la sampai master ke PhD ke atas lagi pun takpe kalo ade la kan. Yang penting aku ada masa lagi, aku nak belajar dulu. Hehe. InsyaAllah..

Penat la taip, dah lama sangat tak menaip. Cukup la sampai kat sini je kot. Kawan2 sekelian good luck untuk yang PMR ke SPM ke, semoga berjaya la dengan exam korang eh. Buat lah elok2, doa. InsyaAllah boleh. Aku pulak, yuran pengajian mahal, nasihat untuk diri sendiri, belaja molek (elok2) tak ke sia2 bayar mahal2 kalau tak pegang ijazah nanti. Huhu. InsyaAllah, koi akan buat yang terbaik, harapan mak ayah tidak akan dihancurkan. :D

Okeh,
Thanks Kepada yang sudi lawat dan baca blog saya ni ye.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Copyright© All Rights Reserved
Blogger template oleh pemalas


Home || Tutorial || T&S || Privacy Policy