Pengikut Setia

||
Click the Picture for more details

Monday, July 16, 2012

Microworms - Fish Food

Assalam kepada semua,

Okeh, hari ni bosan dan sakit kepala. Tah kenapa. So aku nak bagi information sikit pasal microworms, atau pun cacing mikro. Kenapa Mikro? Sebab cacing ni sangat la halus.
Cacing halus-halus macam ni sebenarnya guna dia untuk diberi makan kepada anak-anak ikan terutama anak-anak ikan yang kecil atau dipanggil fry. Em,nyum-nyum. Bestnya.. Kata anak-anak ikan la, bukan aku yang makan,hehe..
Gambar dari google image

Okeh, kalau korang nak tahu, macam ni la microworms, kecik je kan. hehe..
Disebabkan kamera aku tak berapa power, terpaksa la cari kat google image gambar microworms ni. Kalau guna kamera aku, macam gambar kat bawah ni la,korang tak nampak sgt cacing-cacing yang halus tu..



 Ha, macam mana? nampak ke? hehe, yang tu roti, kalau perhatikan betul-betul, nampak la bintik-bintik kecik, tu la microworm,halus je kan?

Kalau tengok kat gambar yang bawah-bawah lagi ni, korang boleh nampak cacing tu memanjat bekas yang aku guna untuk simpan diorang.

 Asalnya aku beli masa bulan 6 hari tu aku beli sebekas je, tapi sekarang dah ada 4 bekas. Hehe, microworms ni cepat je dia membiak, senang sangat nak biakkan dia.

Huiyo, masa mula-mula nak cari microworms ni kat kawasan tempat tinggal aku ni susah sangat. pergi kedai sana takde,sini takde. Last-last aku bengang cari je kat mudah.com, haha, tak sangka ada jugak orang berdekatan (bukan kedai) yang jual. Senang.

Bukan apa, aku dah pening kepala sebab anak ikan laga aku ( Betta fish fry ) tu dah makin membesar, nak kena beri makan. so makanan yang sesuai microworm ni la.
Tapi sebab terlambat beri makan, semua mati. adeh..

Ni tadi tengahhari aku tengok ikan laga aku tuh dah bertelur lagi, hehehe, tak lama lagi dapat anak ikan lagi la aku, InsyaAllah. Eh, dah taknak koya-koya, kang mati lagi, sedih lagi. huhu..

Okeh, Kalau nak ikut cara aku la, nak biakkan microworm ni untuk dijadikan stock makanan anak-anak ikan korang macam guppy, betta fish, atau apa-apa je la anak ikan yang kecil-kecil tu, ataupun kalau baca kat internet dia panggil fry. Ikut macam ni je aku buat:

  1. Dapatkan stock microworms culture di kedai (microworm).
  2. Korang simpan dulu di dalam suhu bilik, jangan panas, jangan sejuk sangat. ada yang kata kalau panas jangka hayat cacing ni pendek. kalau sejuk ok kot,tapi apa pun biarkan dalam suhu bilik (28 ke 32 celcius)
  3. Bila cacing-cacing dah start crawl ( memanjat ) bekas, korang kutip cacing-cacing tu dengan roti, Kutip la banyak sikit pun tak apa, kemudian letak dalam bekas yang baru. 
  4. Kemudian titipkan air sedikit, supaya roti tu lembab, jangan banjir pulak. Yang aku punya tu dah banjir macam tu sebab dah banyak roti aku letak. So lama-lama roti yang korang letak tu nanti akan jadi macam tu la. hehe..
Untuk makanan microworms ni mudah je, letak la roti, sikit pun takpe. mereka tak makan banyak. kemudian boleh la tinggal, tapi usha-usha la sikit, kalau-kalau dah ada yang memanjat bekas tu, boleh buat culture yang baru

Nak bagi makan anak-anak ikan nanti, korang jangan tuang satu bekas tu terus, melampau banyaknya tu. korang boleh kutip microworm yang memanjat bekas tu dengan jari, kemudian celup je dalam akuarium. kan senang je.. :D


Bakal dapat betta fish fry, hope diorang membesar, hidup sihat dan cantik. hehe :D


Thanks Kepada yang sudi lawat dan baca blog saya ni ye.. ( bukan ada apa pun dok kat sini..? ) :D

51 comments:

EmyAyaNurisya said... [Reply to comment]

wahh dapat ank ikan :)
eiiyuuu cacing :P

Zamani said... [Reply to comment]

yela,jeles ke?
knp? nak mkn ke?

EmyAyaNurisya said... [Reply to comment]

hehe , nak satu :P , nak baby ikan ngehehe :P
makan ? aok ingat koi ape nak makan cacing ?tampo nak ? grr .

Zamani said... [Reply to comment]

ala,best apa,cicah ngan roti,makan. best..

~ Aa|Naa Nad|raH ~ said... [Reply to comment]

eee......cacing besar dlm toilet pun koi takuit..huhuiiiiiii

Zamani said... [Reply to comment]

Angah: hahaha.. meh sini balik cpt koi nak bagi aok cacing ni,banyak ada ni. ngehehehe..

EmyAyaNurisya said... [Reply to comment]

man : huiyoo , sangat best kan . makan cacing .

Zamani said... [Reply to comment]

Best.. pepaleh best. hahaha,,

EmyAyaNurisya said... [Reply to comment]

man : memang la aok ni , adehhh .

zul oth said... [Reply to comment]

Berapa lama jangka hayat mw ni

new said... [Reply to comment]

Test

new said... [Reply to comment]

Pagi fry saya bru menetas satelah 48 jam hampir2 kena buang terlalu halus kalau betul2 tenguk tak nampak. Mana nak cari mw

Zamani said... [Reply to comment]

@zul oth
Lama jugak la.

@new
cuba cari di mudah.my

bro be said... [Reply to comment]

Man
fry sya bru berumur 2 hri first time sya jumpa nak tguk pun susah. Psal dia bnyak bleh la npak. Ada tip penjagaan tak. Mw bru dpat ptg.
Please rply

Zamani said... [Reply to comment]

@bro be
ek,tak faham soalan anda,penjagaan fry ke? saya pun tak berapa pandai,fry sy pun baru ni tahan 8 hari je,pastu semua mati,adei. sy rasa fry mati sbb akuarium yg sy guna tu kecik,pasni nak try lg,dgn akuarium yg besar. dari apa yg saya baca:

1. 10 galon air=35liter (akuarium)
2. kena ada heater set 75-80 fahrenheit
3. daun ketapang berguna. (taknak takpe)
4. bagi makan mw 2 kali sehari(dont overfeed/tgk dulu mw bwh akuarium sblum bg mkn)

bro be said... [Reply to comment]

Msuk hri k 5 ni fry tu smua shat2. Sya bri mw pgi smlm smpai ptg mw mseh hidup dlm akurium tpi tak npak pun fry tu trun k dsar akurium cri mkan. Mkin dia blum lpar lgi kot. Akurium klu besar sgat pun susah jga psangan tu nak mating. Mklum lah tman bga ptra jya

Zamani said... [Reply to comment]

@bro be
Oh ok la tu klau masih hidup. yg sy punya haritu 5 hari ada banyak da yg mati. tah je knp,suhu air kot? ko guna akuarium bsr mana? ada letak temp control x? mgkin jgk,blum lpr kot.

bro be said... [Reply to comment]

@ man
akurium sya 10x6x6 aja. Tak ada heater pun yg lma tu dah rosak. Sya truk dlm bilek tpi mlm acond on 25 degree. Pgi ni tguk bnyak mw yg mseh hidup.

Zamani said... [Reply to comment]

@bro be
oh yeke,so macam mana? ok lagi? takde yg terkorban? kira dah berapa hari da ni?

bro be said... [Reply to comment]

@man
stakat ni mti lbeh krang 10 ke 15 ekor. Tpi npak bnyak lgi. Sekarang sya krang kan air tgal 2" fry ni klu air bnyak susah nak trun bwah jdi bila air krang npak nya ada yg trun bwah cri mkan. Pda sya mkanan fry yg sesuai ialah ulat air yg selalu berenang tak kira smada pemukaan air atau pun dlam air. Hri dah msuk hri ke 6

Zamani said... [Reply to comment]

@bro be
uit,ok la tu dah dekat seminggu. InsyaAllah selamat semua. a'ah,ada terbaca jgk kurangkan air sikit2. selain microworm boleh jgk guna ulat air,tp nak dptkan tu susah sikit tu la.

bro be said... [Reply to comment]

@man
mw skrang dah melambak2 culture sndiri dri 1 pck kcik dah tbah 4 pack bsar bru smggu. Ikan tbah tak bnyak tpi mw tbah bnyak jdi jtawan cacing ha ha ha. Skrang tgh kwinkan hm spasang lgi. Tguk lah klu ada rezeki lgi. Nak cri hm btina clor transferent susah dpat

bro be said... [Reply to comment]

@ man
hri ni sekor lgi btlor bleh than bnyak. Smlm ptg cuba cri hm btina kat kdai smua halus mcm tak cukup mkan aja. Taukea tu ckap btina skrang smua kecik2. Kena kitai se x dgn jtan ptus bdan.

Zamani said... [Reply to comment]

@bro be
Haha,tu la pasal. microworm mmg cpt biak. seminggu simpan dah boleh 5-6 bekas. kejap je. dah boleh jual balik dah. haha..

wah,ok la tu. dapat lagi anak ikan. pasni leh niaga anak ikan pulak. hehe.. mmg,ikan betina skg kecik2. nak kacuk jap g takut mati pulak. tp awl tahun dulu tekejut tgk ikan betina besar2 jual kat muar,murah pulak tu. skg tak tahu ada lg tak.

bro be said... [Reply to comment]

@man
salam. Awak bnyak bla ikan ke? Sya ni bru bla blek dulu bla suka2 aja tak pernah biak. Tak tau ternak. Skrang ni bnyak ilmu dlm dlm goglle. Rya nti blek mana wife org mana?

Zamani said... [Reply to comment]

@bro be
salam,tak banyak mana pun. sikit2 je,skdar hobi. hehe.. raya balik kuantan. kg kat sana. wife? hehe,belum kawin lagi. masih bujang :D

bro be said... [Reply to comment]

@Man.
Salam. Fry yg bru ni alhamdulilah dah menetas. Masalah yg brumor 12 hri tu bnyak mti tsangkut mcm jring. Klu tguk dgn mta ksar tak npak klu pkai knta npak mcm jring jdi fry tak bleh grak. Air sya tkar lpas 1 mgu. Sya tguk mcm microworm atau bulu kain. Skrang pgi kna cek klu ada kna sdut buang.

Azazie Zuldkarnain said... [Reply to comment]

salam zamani.. mu muar kat mane?
ade stock microworm? aku kat tangkak je. susah la nk cri microworm.. fry aku 2 tank bru menetas smlm...

bro be said... [Reply to comment]

@Man.
Salam. Apa kbar awak? Fry yg first mntas tu dah bumor 18 hri npak dah bsar tpi tak bnyak yg tgal. Sawang air yg sya crita hri tu rupa2 nya mw yg dah mti dan berlendir. Mw yg tak hbis di mkan kna buang kluar. Baru2 ni 1 batch lgi menetas, ni yg k 4.

Zamani said... [Reply to comment]

@Azazie Zuldkarnain
Aku tak duduk muar bro,aku kat pahang. kalau nak boleh kot,tp dkt nak raya ni,ssh skit la kot.

@bro be
uih,18 hari dah? ok la tu,ada chance nak berjaya tuh,insyaAllah. la yeke,byk ke yg mati? a'ah yg tak dimakan mmg kena buang. tkt mencemarkan air.

bro be said... [Reply to comment]

@ Man,
Salam, dah tgal skit tu pun klu bleh bthan. Skrang ni hri2 ada yg mti tpi sya cuba dan cuba lgi. Mting btlor mntas dah tak da msalah cuma nak mbsar kan yg agak rumit.

Zamani said... [Reply to comment]

@bro be
salam,oh yeke,tp masih ada lg kan? ok la tu boleh tahan lama,cuba check temp air,agak2 ada brpe bnyk lg ikan tgl?

bro be said... [Reply to comment]

@Man,
Salam. Lbeh krang 20-30 ekor yg tgal. Brapa temp air spatut nya ya. Klu btul kna cri mini heater.
Di smping tu sya ucapkan selamat brcuti dan bhari rya.

Zamani said... [Reply to comment]

Oh ok la,bnk jgk lagi. kalu tak silap la, at least 70-80 fahrenheit/25-30 celcius. tu la sy rasa awk perlu spare heater 1. Oh,Thanks :D selamat hari raya jgk,selamat bercuti. balik kg tinggal la fry tak?

bro be said... [Reply to comment]

@Man.
Salam raya. Hri ni menetas lagi 2 ibu bnyak gila. Cuba cri pokok kiambang tak dapat.

Zamani said... [Reply to comment]

@bro be
wah,banyak la anak ikan awk ek. berapa akuarium dah?

bro be said... [Reply to comment]

@man,
Salam. Dah brapa batch mati tak sempat smpai 2 mgu, yg mula2 aja yg mseh bthan tu pun tak smpai 20 ekor. Mencabar betul nak besar kan fry ni. Tpi tak pa kita cuba smpai bjaya.

Zamani said... [Reply to comment]

@bro be
salam,sori lambat rep. lama da tak online. hehe. so camne dgn fry? dah ada yang besar?

bro be said... [Reply to comment]

@Man.
Salam. Batch yg mula2 aja yg maseh ada hidup skit tu pun mseh halus lgi. Dah 47 hri. Besar nya lbeh kurang 2 mm x 4mm klu tenguk dgn mta ksar bleh la npak. Brapa bulan bru besar man?

Zamani said... [Reply to comment]

@bro be
tak pasti la,melalui pembacaan,dalam 2 bulan dah kena asing,so patutnya 2 bulan tu dah besar la kot..

bro be said... [Reply to comment]

@Man.
Salam apa kbar. Fry sya smua nya dah mati, yg dah 2 blan lbeh tu hbis smua. Sya rsa fry tu tak cukup mkan dah 2 blan lbeh pun kcik aja. Bri mkan cacing hlus pun tak mkan. Skrang kna cri apa mkan yg sesuai. Awak ada idea tak?

Zamani said... [Reply to comment]

@bro be
boleh cuba ulat air,lupa da namanya.

bro be said... [Reply to comment]

@man.
Skrang sbuk cri mak wa la man. Yok man joint waplog. Cri2 kutu air susah sgat. Stop dulu. Yg dah ada tu bla aja rugi tak biakkan lma2 nti mti gitu aja.

Zamani said... [Reply to comment]

haha,cari makwa dlu. nnt sambung biakkan ikan laga.
kalau nak try lagi kena siapkan betul2 preparation dia. tidak mmg sia2 la usaha nak biakkan anak ikan laga.

firdaus said... [Reply to comment]

sy beli microworm, sy nk wt bnyk2 boley ke amik cacing yg dkt microworm yg sy beli tuh?

fs said... [Reply to comment]

klau tk gune microworm culture bolh tk?

zegwei said... [Reply to comment]

Teoh, 0175522128 sila PM

cerah said... [Reply to comment]

Salam,mw nk cri kat mne area tanah merah

cerah said... [Reply to comment]

Kat mne nak cri microworm stater kat area Tanah merah,Kelantan

cerah said... [Reply to comment]

knape ikan saya ekornye bergulung..

cerah said... [Reply to comment]

tolonglah reply.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Copyright© All Rights Reserved
Blogger template oleh pemalas


Home || Tutorial || T&S || Privacy Policy