Pengikut Setia

||
Click the Picture for more details

Wednesday, July 18, 2012

Ikan Yang Bergelar Bapa

Assalam kepada semua,

Hehe, Hari ni dengan secara rasminya :P ikan laga ( betta fish ) aku telah bergelar bapa. Pada jam berapa entah la, agaknya waktu aku tidur malam tadi kot anak-anak dia menetas. So, pagi-pagi tadi aku bangun tengok-tengok dah ada anak ikan yang menceretek (apa tah maksudnya, lupa) banyaknya. Hehe..

Inilah saat-saat yang aku tunggu selama ini, untuk memelihara anak ikan laga. Huhu, sebelum ni banyak kali dah cuba, tapi semua mati. Agaknya gara-gara tak ada makanan yang sesuai untuk anak-anak dia ni kot. Maklumlah kurang buat research masa tu. Sekarang ni, aku dah sediakan terlalu banyak makanan yang sesuai untuk anak-anak ikan laga ni, makanan ayang aku maksudkan itu ialah 'live food' iaitu 'microworms'. Hehe..

Jum tengok gambar anak-anak ikan ni.

Si bapa yang rajin, mengutip semula
anaknya yang terlepas dari buih

banyak kan,comel-comel je anak dia

Amik besar-besar aku tulis. hahaha:p


Yang ni lari topik sikit, amik aku guna
lumut jadi bedding akuarium ni. haha..

ini lah microworms

Sedikit Info:

  • Jangan beri makan kepada bakal bapa sedang ia menjaga telur, takut nanti dia terkeliru makanan dengan telur. (sepanjang pengalaman, beri makan, konfem telur hilang kena telan)
  • Anak ikan laga (betta fish) yang baru lahir tak pandai berenang, setelah 2 atau 3 hari baru pandai ( entah bila masa dia belajar tah la:P )
  • 3 hari selepas lahir, baru boleh beri makan live food / microworms, sementara nak tunggu tiga hari tu, anak-anak ikan ni makan telur kuning yang masih tersisa dari dalam tubuh mereka itu..
  • Lepas anak ikan dah pandai berenang, bapa ikan tersebut perlu dialihkan ke bekas lain, kerana dikhuatiri akan memakan anaknya sendiri! Tetapi ada juga penternak lain yang biarkan sahaja. well, bergantung. ( berani nak tanggung risiko? ) hehe..
  • Air tidak boleh ditukar dalam bulan pertama, takut perubahan suhu boleh menyebabkan anak ikan mati!
  • Selepas 2 bulan dan ke atas, warna ikan akan mula terserlah, pada masa ini eloklah asingkan ikan yang dah mula nak bergaduh tu, yang betina boleh diletakkan di dalam bekas yang sama.
  • Lepas 3 bulan ke atas, ikan tadi dah boleh dikomersialkan bagi yang ingin menjual.

Anak Ikan yang koi ternak sebelum ni dah banyak kali mati, koi sedih, harap-harap kali ni tak mati dah, koi pun dah buat banyak research pasal nak bela anak ikan laga ni, ada yang cakap senang, ada yang cakap susah. Apa pun memang memerlukan kesabaran, cara pun kena betul. Hope kali ni berjaya membesarkan anak-anak ikan laga ni.. :)

Minat punya pasal, sekadar nak jadikan hobi, walau berkali-kali gagal, tapi masih nak cuba. Haha, Rasa tak puas hati selagi tak berjaya.. :D


Thanks Kepada yang sudi lawat dan baca blog saya ni ye..
( bukan ada apa pun dok kat sini..? ) :D


32 comments:

farah liyana said... [Reply to comment]

sejak bila kau gila dengan ikan ek? waktu kau sem 5 lagi kan?

~ Aa|Naa Nad|raH ~ said... [Reply to comment]

Bestnye... rasa mcm tuan ikan pun join jd bapa ikan kan kan kan...hahaha... tahniah, tahniah.. semoga berjaya kali ni =D

Zamani said... [Reply to comment]

farah: haha, lama dah. eh hebat kau.. :D camne kau tahu? hehehe..knp jeles ke? :P

Angah: haha,apakah yang anda telah merepek? bila pulak koi boleh jadi bapa ikan? ek? hehe,okeh,bereh..thanks.. :D

paripariputih said... [Reply to comment]

ha ha ha kita JV nak ko bela ikan laga aku bela ikan guppy keh3 very interesting info... untuk yg suka melaga-laga kepala opps ikan ha ha ha :P

Zamani said... [Reply to comment]

Hahaha,kalau yang melaga-laga kepala tu bagi yang nak simpan lembam+bengkak di kepala. JV? apakah? ikan guppy tak best cerewet sangat air kotor sikit nnt bnyak penyakit..

leakedknowledge said... [Reply to comment]

byk tol telur2 ikan tu..agak2nya brape ekor leh survive ek? ada lam puluhan??

Zamani said... [Reply to comment]

bnyak, skali mating at least 500-600 eggs keluar. dengar khabar dari internet katanya mmg tak ramai yang survive, mybe half mybe less than half. hehe..

farah liyana said... [Reply to comment]

man: lah macam baru kenal kau. waktu kau mula2 gila dengan ikan tu, waktu kau beli ikan apa entah dengan azam sampai bawak balik melaka

Zamani said... [Reply to comment]

Farah: haha,kau igt lagi ek.. huhu. :D Ikan laga la farah. topic yg sedang hangat dibincangkan tu.. hehehe :D

eyjalukman said... [Reply to comment]

ni klu bg adik kita cnfirm dy minat . kt rmh dah jd mcm kdai akuarium je rasa . haha tp bru dua akuarium je,dlmnye bermacam ikan ad. ksian tgk ikan2 tu bersempit2. haha

Zamani said... [Reply to comment]

Haha,maknanya dia bela ikan banyak2 tu mintak akuarium yang lebih besar la tu. hehe.. takpe2,semangat membela ikan tu ada. suh dia kumpul duit besarkan akuarium tu ye.. :D

aiyang said... [Reply to comment]

cerewet juga kan nak bela ikan nih....kena ada minat....kalau tak minat alamatnya mati la ikan2....
ohhh ye... saya pernah bela ikan ikan kelisa tapi tak mau besarlah akhirnya mati begitu juga.... kemudian pelihara arowana macam tu juga tak besar.... bila kasi ikan tu kat orang lain bukan main lagi dia besar... rumah tak serasi ekkk.... makanan dia sama je anak2 ikan....hurmmm

farah liyana said... [Reply to comment]

man kau tahu tak aku menyampah dengan icon semua tu? ceh kat whatsapp pon suka guna icon pelik2 kan. huh. hahaha

Zamani said... [Reply to comment]

aiyang: a'ah,memang,kena hati2 dengan airnya lagi,makanan,suhu,expecially anak2 ikan la.. hehe.. dia stress kot,tu tak mau besar2 tu. ikan pun boleh stress tau,hehe. bukan orang je.. ikan stress bila dia bosan,makanan dia tak suka,ph air dia tinggi atau rendah sgt ke,ha. mcam2 la.. :D

Zamani said... [Reply to comment]

farah: haha,knp? kau jeles ke aku buleh buat icon2 tu? kui3.. hehehehe.. :D

aiyang said... [Reply to comment]

ikan pun stress ekkk... hahaha

Zamani said... [Reply to comment]

Haha,betul. tak percaya ek. okay example sy bg ek, macam ikan laga la,sbb sy banyak bela ikan laga. bila dia bosan or stress, dia akan gigit ekor dia sendiri. kadang sy pelik knp ekor dia mcm putus2,bila search kat internet,dia ckp ikan tu bosan/stress. refer kat sini:
http://www.bettafish.com/showthread.php?t=47116

EmyAyaNurisya said... [Reply to comment]

baik sangat ayah ikan tuh :)
tahniah la yea .
semoga apa yang di impikan tercapai , insyaAllah .
> anak ikan yang sangat comel <

Zamani said... [Reply to comment]

emy: a'ah,baik sgt. hehe.. baik sbb tak mkn anak dia :P okey,tq2 :D
ha la,mmg la comel. hoho :p

EmyAyaNurisya said... [Reply to comment]

man : yuppzz :) so teruskan . :)sama sama .

Boni Kacak said... [Reply to comment]

eh.. macam mana dia boleh bertelur kalau tak ada pasangan ye?? bukan ke ikan laga ni memang dijadikan utk bersendirian je? sebab kalau letak berdua, dorang akan berlaga sampai mati kan??

Zamani said... [Reply to comment]

Hehe,betul2. mmg kalau letak berdua akan berlaga,gaduh dan ada yg mati dan sebagainya.. :D nak kacukkan dia pun ada cara2nya jgk. mula2 sesi suai kenal, asingkan akuarium,letak sebelah2,bila dah kenal2,baru masukkan satu akuarium,dan kalau tak gaduh,boleh biarkan dan tunggu sehingga selesai..
kalau dulu,masa mula2 haritu, k.o ikan betina sbb kena blasah ngan yg jantan,haha,adeh..

Aishah Jahirah said... [Reply to comment]

ramainya anak2 dia...dulu pnh bela ikan puyu kalau xsilap,pas2 malas dah nak bela sbb tkut lupa nak bg makan, meninggal pulak nanti...hehee.suka tgk ikan peliharaan org...;)

farah liyana said... [Reply to comment]

man: ceh tak jeles langsung ! kekeke. tanpa aku, kau tak tahu pon main whatsapp tu kan. *bangga diri* hahaha

Zamani said... [Reply to comment]

@Aishah Jahirah
hehe,tu la pasal. kadang outstation (cait outstation konon) takut je ikan2 mati,takde org nak beri makan. huhu.. takpelah, pasni igt nak invent auto fish feeder ke,tapi takde masa nak buat. hehehe..

Zamani said... [Reply to comment]

@farah liyana
Haha,farah,kau ni memang la kan. haha,takpe2. koi bg can kat aok nak bangga. haha..

farah liyana said... [Reply to comment]

hakikat lah man ! wekkkkkkk hahaha!

Zamani said... [Reply to comment]

@farah liyana
Ah takde2,jgn nak koya sgt. hahahaha.. :p

Kosat Rempit said... [Reply to comment]

Bro :D, aku tngok ikan aku asyik kutip fry lpas tu hmbus kt prmukaan air...tp srang mcam dh xde....slamat ke fry aq tu bro....dan bila fry aq bleh brenang dngan sndirinya ? brapa hri kna tunggu...klau bagi mkan pallet bleh x...yg saiz kecik la...?

Zamani said... [Reply to comment]

@Kosat Rempit
sori bro baru skrg nak reply. lama sgt dah tak jenguk2 blog ni. standard dah kalau bapak ikan kutip anak dia hembus kat permukaan tu. biasa 3-4 hari anak ikan tu dah pandai berenang. makanan pulak pallet kecik ke besar ke mmg dia tak makan. biasanya dia akan makan makanan yang bergerak2. contoh macam microworm.

Abang Ranggi said... [Reply to comment]

Ikan yang menetas 5 hari bagi makan mircoworm,,,Dan makanan apa lagi ?

Abang Ranggi said... [Reply to comment]

Ikan yang menetas 5 hari bagi makan mircoworm,,,Dan makanan apa lagi ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Copyright© All Rights Reserved
Blogger template oleh pemalas


Home || Tutorial || T&S || Privacy Policy