Pengikut Setia

||
Click the Picture for more details

Friday, July 6, 2012

Hari ini, suka dan duka

Assalam kepada semua,


Wah,memang hari ni banyak yang berlaku, (Ceh3, start dah budak ni nak merepek pasal apa yang berlaku hari ni). Haha. Ish3. Apa2 pun, baca balik tajuk la kan, hari ni nak suka golek2 pun ada, nak sedih macam nak nangis pun ada. hehe :p

Merujuk kepada apa yang telah berlaku, (ek? bahasa apa ni?) Hari ni dari pagi, bangun pagi seperti biasa dah solat2 subuh aku tido balik pastu, (ish3 bila nak berubah ni) Bangun2, makan, pastu terus aku bukak lappy ni ha,  pastu tengok! wah! tiba2 PPP duk pot pet pot pet kat shoutbox.

Ingatkan kenapa, rupanya aku adalah follower beliau yang ke-1234. Hoho, seriusly i ckp tak ku sangka tak ku duga sebab i dah jadi follower ke-1234 beliau. kih3 :D
Hehe,yang bestnya beliau siap sediakan hadiah untuk followernya yang ke-1234,so means i la yang dapat hadiah tuh.. :p (Koyanya)
Btw, thanks ye PPP. ( Tak sabar nak tunggu hadiah sampai nih ) hahaha :p
Ini link ke post beliau <<http://paripariputih.blogspot.com>>


Sila sambung baca ya! tak best baca separuh je.. hehe :D


Kemudian setelah itu, pergilah aku bersama jemaah2 sekalian menunaikan solat jumaat. Balik solat jumaat, aku pun melangkah lah pulang ke rumah. Sesampai di rumah, makanlah aku nasi goreng yang telah disediakan. hehe..

Lepas makan aku pun siap2 lah, untuk tukar pasir akuarium yang aku dah ambil kat tepi2 pantai dungun (dekat2 dengan Uitm dungun) masa pergi tengok adik kat sana arituh. ( Kutip pasir pantai ) hahaha,memalukan.. eh? do i care what you think? hoho.. :p Then aku basuh pasir tu,stop jap untuk hantar adik aku g tuisyen, then sambung balik cuci pasir.


Adeh, bermula la part yang menyedihkan,huhu. waktu nak buang pasir yang lama tuh, aku letak la akuarium tu kat lantai. mula2 ingat ok la, macam sebelum ni. letak macam biasa je kan. Dah basuh pasir dungun tu pastu gung gang ging ding dong dong. Pastu aku masuk la pasir baru dalam akuarium tuh. Dah masuk, aku letak la akuarium tu atas meja dia. Lalu aku isi air. Isi punya isi, dah nak setengah, tiba2 aku tengok lah banjir pulak alas meja tu. kueh2 pasir tu, alahai..

Bocor dah akuarium aku ni.. haish.. sedihnya.. sungguh sedih. Tiba2 lepas tu hujan pulak, Eh, dah macam tau je aku sedih terus hujan pulak turun. huhuhu.. Then, aku nak keluarkan pasir tu tadi pun dah tergendala, sebab hujan. Then aku guna la paip untuk keluarkan air dalam akuarium tu. Nak keluarkan air tu pulak, aku kena sedut dulu air tu sikit. And then sampai terminum lagi. Payau beb rasa airnya Adeh.. huhu.. sungguh sedih..

Siap buang air akuarium, Mak aku cakap. "Man jum bawak mak pergi hospital lawat kawan mak accident semalam.." Pergi hospital pulak. Tangguh lagi kerja aku,huhu.. sabar2.. Balik tu,solat asar siap2. pastu sambung clearkan akuarium tu sikit lagi.

Hehe, banyak betul perkara yang berlaku hari ni. hui.. penat. hehe..
tapi apa pun sabar, sebab sabar itu separuh dari iman, hehehehe..

Tadi ayah balik cakap akuarium ni pecah macam ni tak boleh nak tampal dah, kena try la hantar kedai suruh dia tukar cermin baru, adei. duit2 lagi yang kena keluar. huhuhu..

Okeh lah,sampai sini je la kot post untuk kali ni, Nak gerak pergi putrajaya pulak ni malam ni, oklah. siapa yang baca doakan perjalanan aku pergi dan balik dengan selamat ya! hehe..
Okeh,As Salam..


Thanks Kepada yang sudi lawat dan baca blog saya ni ye.. ( bukan ada apa pun dok kat sini..? ) :D

14 comments:

Tinta Lana said... [Reply to comment]

Salam..lama tau kak zai tunggu nak dapatkan 1234..dgn kitaorg2 skali duk kalut tunggu siapa yg mengena,hhahahha

Tahniah no zamani..pasni, kita share2 ek hadiah tu,hahahaah, marah kak zai kalau dia baco ni kang,kih3

PariPariPutih said... [Reply to comment]

alo lo lo cian ko ye zamani... tak pe nanti bila hadiah ko sampai mesti hilang sedih ko tu keh keh keh ^^

Miss Nieyna said... [Reply to comment]

simpati gak la baca crta awak ni . . punya lah banyak dugaan nak bersihkan aquarium siap ada effect hujan wakil perasaan sedih lagi ^_^ . . tapi takpe , as long as da setel , lega sikit jiwa raga awak kan . . :D

nasir hamzah said... [Reply to comment]

apapun tahniah diucapkan.. rezeki ler tuh..hehe

Zamani said... [Reply to comment]

Lana:ouch,nak share? tak boleh takboleh ini hadiah saya.. haha:p gurau meh. nak ke? boleh mintak kat cik PPP ye.. ngeehhehe :p

PPP:hehe,nnt kita tgk ye. Thanks ye cik PPP :)

Nieyna:Haha,jgn awk nangis pulak da la eh. kih3.. tu la pasal. sedar je da bocor, eh hujan tiba2. huhu.. a'ah,lega la sikit. tapi tu la,akuarium tu dah boleh campak la. kena cari baru jgk la kot.. huuu..

Nasir:hehe,tu la. Thanks ye,rezeki,alhamdulillah. :)

Aida Omar said... [Reply to comment]

jeles dengan zam dapat follower bertuah 1234.. hik3.. alahai pecah mesti sebab pasir tu tak? tak ada rezeki barangkali. dont be sad ok.. ce senyum sikit.. :P

Zamani said... [Reply to comment]

jeles? hehe,jgn gitu,hoho. nasih je tu,rezeki. dpt hadiah lagi,hehe..
ops,cik aida suruh senyum, ok senyum.. :) hehe.
agaknya la,tak dapat nak dipastikan je masa bila, sbb masa nak letak tu mmg ada pasir,plus ada air sikit. so berat, sy pun letak je la kat atas lantai. tah2 agaknya ada batu2 kecik kot kat bawah dia.. huhu..

EmyAyaNurisya said... [Reply to comment]

tahniah :) untungla dapat hadiah :) hee .
lain kali hati hati tau cuci aquarium tuh .

Zamani said... [Reply to comment]

untungla,hehe.. iye,thanks bg nasihat. huhu..

EmyAyaNurisya said... [Reply to comment]

aikk online mana ni ? :) sama sama hee

Zamani said... [Reply to comment]

kat rumah kakak.

EmyAyaNurisya said... [Reply to comment]

ohh :)

PariPariPutih said... [Reply to comment]

slam jom baca entri baru aku...


Sejuk2 ni best minum kopi ^^ http://paripariputih.blogspot.com/2012/07/minuman-bongkar-rahsia-peribadi-korunk.html

Zamani said... [Reply to comment]

okey,hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Copyright© All Rights Reserved
Blogger template oleh pemalas


Home || Tutorial || T&S || Privacy Policy