Pengikut Setia

||
Click the Picture for more details

Friday, June 20, 2014

Mykad Sebagai Kad Diskaun

Assalam kepada semua,

Mykad sebagai kad diskaun? Anda semua pernah dengar tak pasal ni? Apa? tak pernah?
Meh sini saya nak share sikit.

 Korang tahu tak sebenarnya Mykad kita/Kad pengenalan yang selalu kita bawa tu ada banyak sangat fungsi yang tidak kita ketahui? Sebenarnya terdapat lebih dari 50 fungsi Mykad antaranya seperti Pengenalan, Lesen memandu, TouchNGo, Meps dan sebagainya.

Tapi pernah tak anda dengar yang dengan Mykad, Anda boleh dapat DISKAUN dan kumpul POINTS. Saya pasti anda pernah dengan Bonuslink, Mesra kad, Smiles Reward dan sebagainya kan? Bila digunakan, anda akan mengumpul Points. Begitulah juga sekiranya anda menggunakan Mykad ketika berbelanja. Anda juga akan Mengumpul POINTS yang mana RM1=1 points. Malah, anda juga dapat DISKAUN ketika berbelanja.

Bergantung kepada sebanyak mana %DISKAUN yang kedai tawarkan kepada pemegang MYKAD. Anda nak tak DISKAUN ketika berbelanja seperti servis kereta, tengok wayang, makan,barangan runcit dan banyak lagi. Kerana Dalam program MYKAD SMARTSHOPPER terdapat pelbagai jenis kedai yang telah menyertai yang sedia untuk membantu anda berjimat ketiaka berbelanja. Tapi jangan lupa untuk mengaktifkan mykad anda dulu sebelum berbelanja. Sebab maklumat anda perlu disimpan di dalam sistem Mykad Smartshopper terlebih dahulu supaya mudah ganjaran diberi kepada anda.



Thanks Kepada yang sudi lawat dan baca blog saya ni ye..

Sunday, December 22, 2013

Alhamdulillah

Assalam kepada semua,

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat illahi masih hidup hingga ke harini. Mungkin ada diantara rakan2 blogger tertanya-tanya kemana hilangnya zamani ni (kalau ada yang tertanya-tanya la kan) haha.. Wah, lamanya tak update. Memang busy betui koi ni sampai tak dan nak update blog.

Sebenarnya post hari ni nak update pasal perkembangan saya belajar di UNITEN yang mana sebenarnya dulu saya tak sangka2 la dapat masuk UNITEN ni. Tapi Alhamdulillah dengan berkat doa semua dapat juga la saya ke menara gading. huk3.

Haha, kelakar. Sebab sebenarnya dah nak sampai ke hujung semester ke-3 dah sebenarnya, tapi nak bagitau la kat sini yang result semester 2 arituh Alhamdulillah ok. Boleh la GPA tu dapat 3.XX. Tapi CGPA sekarang memang belum sampai ke tahap 3 lagi la. Disebabkan kemalasan yang melanda semasa semester 1 dulu.

Dan kini kemalasan tu melanda lagi, agaknya memang time hujung tahun malas tu akan datang sampaikan dah nak final tapi otak masih kosong dan melayang tak kemana-mana. Hurm, jangan sampai result sem kali ni jadi teruk pulak sudah. Harapan nak grad dengan pointer at least la 3.XX, tapi kalau sem ni teruk memang macam mustahil la nak sampai ke tahap yang diharapkan. Jadi, bersempena dengan exam yang nak datang ni, memang kena ubah la cara study tu. Disamping itu harap kawan2 semua tolong kirimkan doa untuk saya dan semua umat Islam yang lain yang bakal menghadapi peperiksaan. Semoga kami mudah untuk menjawab exam.

Rasanya sampai ini je kot post untuk kali ni. Penat pulak menaip sebab dah lama tak menaip. Haha.

Thanks Kepada yang sudi lawat dan baca blog saya ni ye.. ( bukan ada apa pun dok kat sini..? ) :D

Tuesday, February 12, 2013

Adoiyai..

Assalam kepada semua,

Adoiyai. Itulah tajuk post kali ini, setelah sekian lama tidak mempost khabar berita kat blog yg da bersawang ni. Haha. Ada orang baca dok ni? Malas nak menaip panjang la. Sekadar nak tunjuk post baru je menunjukkan tuan punya blog ni masih hidup, sihat walafiat lagi.. Alhamdulillah, syukur.. Hehe..

Tajuk post kali ni begitu bunyinya dek kerana result semester pertama dah keluar 30/01/2013 haritu. Dan keputusannya sangatlah mengecewakan diriku sebenarnya. Huhu.. Sikit sangat pointer yang dapat dikumpul. Tapi Alhamdulillah la, sebab takde yang gagal. Hmm,tapi sedih jugak sebab pointer sikit.

Takpela, Sem depan Insya Allah akan buat yang lebih baik. Janjiku untuk Ibu Bapa ku, Insya Allah.. Buat masa sekarang ni koi masuk short sem, plan-nya untuk ambil subjek2 yang susah supaya dapat la ringankan sikit beban untuk sem2 depan.. :D

Oklah. cukuplah sampai disini sahaja cerita hari ni.
Thanks Kepada yang sudi lawat dan baca blog saya ni ye.. ( bukan ada apa pun dok kat sini..? ) :D

Saturday, December 15, 2012

Final datang lagi!


Assalam kepada semua,

Hey semua! Terima kasih la kepada yang masih sudi jenguk2 blog kawe ni. dah lama sangat da tak diupdate blog ni ye. tak gitu?
Post kali ni adalah berkenaan dengan masa depan ku,cewah. ahaha. Eh betul la, untuk masa depan ni. :D

Ok,hmm. Final exam aku start 7/1/2013 dan tamat pada 16/1/2013.
Ok,study blum start lagi ni, plannya minggu depan la nak study. Antara subjek2 yang di ambil semester ini adalah seperti berikut.

Subject || Target
1)Differential Equation || 3.33
2)Advance Calculus and Geometrical || 3.0
3)Priciple of programming || 4
4)Circuit Analysis II || 3.33

Nak cite,semua subjek kat atas ni boleh dikatakan susah jugak untuk aku, maklumlah aku ni cuma graduan dari politeknik. Tapi siapa cakap graduan politeknik tak boleh berjaya kan. Boleh,tapi kena usaha lebih la. cuma aku ni je tak nak usaha lebih. itulah kelemahan diri yang perlu diperbaiki. huhu. :P

Ok,sem ni nak cuba target poiter yang tinggi. Kalau melalui pemerhatian sendiri la,agaknya boleh dapat poiter sem ni dalam 3.3+ je,tapi tak tahu la kan,anggaran je. mungkin kurang,dan insyaAllah mungkin lebih. tapi nak target sem ni nak dapat 3.6+.

Mungkinkah ia akan terjadi? Huhu.
Oklah,penat da menaip. Kepada kawan2 semua, terima kasih sekali lagi diucap sbb sudi singgah dan membaca blog ni ye,tahu da blog ni agak membosankan, haha.
Ok,mintak jasa baik kawan2 juga untuk doakan yang terbaik untuk aku exam akan datang ni ye. InsyaAllah,doa kalian akan membantu aku mudah menjawab,dan jasa baik kawan2 hanya Allah yang mampu membalasnya. :)

Ok lah,cukup sampai di sini sahaja,bye..

Thanks Kepada yang sudi lawat dan baca blog saya ni ye..
( bukan ada apa pun dok kat sini..? ) :D


Monday, October 15, 2012

Eh, Alahai Kesiannya Belog ni

Assalam kepada semua,

Sudah telah lama sungguh tidak ku mengupdate belog ku ini. Yang kini ku percaya telah terlalu bersawang dah. Hahaha..

Eh, banyak sangat ni sawang ni, maleh pulok koi nak mencuci nya. Takpekan biar gini je sawang2 ni. :D
Adeh, ape nak cite ek. Hmm. Ok lah, ceritanya sekarang ni koi dah start sambung belajar semula, dah seminggu dah kat sini. Untuk pengetahuan umum, koi kini menyambung pelajaran di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) kampus Bangi.
Ok, ha tu dia, UNITEN nya, koi ni baru la seminggu je kat sini. Kengkawan (kawan2) pun tak boleh nak buat lagi (takde kawan lagi) hahaha. :P Isnin lepas aku pun mendaftar la subjek, lepas daftar subjek tu tengok kos pengajian untuk semester tu memang besar la mata kan, nak terkeluar pun ada. haha. Nak tahu ke? Ok la, murah je, RM6,460.80! Hoho:D memang banyak la duit nak keluar kan nak bayar yuran pengajian je. Huhu.

Ok, 4 tahun untuk hidup berjimat, nasi telur goreng ngan kicap sekali sehari je. Cukup la tu kot. Haha. Adeh, merepek lah, takkan lah sampai macam tu kan. :P Bila tengok2 balik yuran dia memang gatal kepala jugak la, mahal! Huhu. Tapi takpe la, yuran tu tolak tepi dulu la. Koi nak belajo. Kalo boleh koi tak nak stop sampai diploma/degree je, kalau boleh koi nak la sampai master ke PhD ke atas lagi pun takpe kalo ade la kan. Yang penting aku ada masa lagi, aku nak belajar dulu. Hehe. InsyaAllah..

Penat la taip, dah lama sangat tak menaip. Cukup la sampai kat sini je kot. Kawan2 sekelian good luck untuk yang PMR ke SPM ke, semoga berjaya la dengan exam korang eh. Buat lah elok2, doa. InsyaAllah boleh. Aku pulak, yuran pengajian mahal, nasihat untuk diri sendiri, belaja molek (elok2) tak ke sia2 bayar mahal2 kalau tak pegang ijazah nanti. Huhu. InsyaAllah, koi akan buat yang terbaik, harapan mak ayah tidak akan dihancurkan. :D

Okeh,
Thanks Kepada yang sudi lawat dan baca blog saya ni ye.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Copyright© All Rights Reserved
Blogger template oleh pemalas


Home || Tutorial || T&S || Privacy Policy